MATIUS 13:20-21
MATIUS 13:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Benih yang jatuh di tempat yang berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu lalu segera menerimanya dengan sukacita. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati, sehingga mereka tidak tahan lama. Apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan oleh sebab perkhabaran itu, segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu.
MATIUS 13:20-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi yang tŭlah ditabori pada tŭmpat yang bŭrbatu, maka iya itulah orang yang mŭnŭngar pŭrkataan itu, maka sŭgralah ditrimanya dŭngan kasukaan: Tŭtapi tiadalah bŭrakar dalam dirinya, mŭlainkan skutika sahja adanya; kŭrna apabila datanglah kasukaran, atau annyaya tŭrsŭbab pŭrkataan itu, maka kumdian kŭlak iya ŭnggan.
MATIUS 13:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang yang menerima benih di tempat berbatu pula bermaksud orang yang mendengar firman itu dan terus menerimanya dengan sukacita. Tetapi dia tidak berakar, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik dia menanggung kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, imannya pun segera luntur.