MATIUS 14:6-12 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 14:6-12 BM (Alkitab Berita Baik)
Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan para hadirin dan menghiburkan hati Herodes. Oleh itu Herodes bersumpah akan memberikan apa sahaja yang diminta oleh gadis itu. Gadis itu mengikut kehendak ibunya dan meminta kepala Yohanes Pembaptis di atas talam pada waktu itu juga. Mendengar permintaan itu, Herodes bersedih hati. Tetapi Herodes sudah bersumpah di hadapan semua hadirin. Oleh itu Herodes memberikan perintah supaya permintaan gadis itu dipenuhi. Oleh itu Herodes menyuruh orang pergi ke penjara untuk memancung kepala Yohanes. Kemudian kepala Yohanes ditaruh di atas talam dan diserahkan kepada gadis itu. Lalu gadis itu membawa kepala Yohanes kepada ibunya. Setelah itu pengikut Yohanes datang untuk mengambil jenazah Yohanes dan mengebumikannya. Kemudian mereka pergi dan memberitahu Yesus hal itu.
MATIUS 14:6-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan majlis dan menyenangi hati Herodes, sehingga Herodes bersumpah akan memberikan apa sahaja yang diminta oleh gadis itu. Disuruh oleh ibunya, gadis itu memohon kepala Yohanes Pembaptis di atas talam pada waktu itu juga. Lalu raja amat berdukacita, tetapi apakan daya, dia telah bersumpah di hadapan semua tetamunya. Oleh itu, dia memerintahkan supaya permintaan gadis itu dilaksanakan. Herodes pun memerintahkan orang pergi memancung kepala Yohanes di penjara. Kepala Yohanes diletakkan di atas talam dan diberikan kepada gadis itu. Gadis itu menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya. Selepas itu, murid Yohanes datang mengambil jenazahnya dan mengebumikannya. Kemudian mereka pergi memberitahu Yesus tentangnya.
MATIUS 14:6-12 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Tŭtapi apabila datanglah pŭrjamuan hari jadi Herodis, maka mŭnarilah anak pŭrampuan Herodia itu dihadapan mŭjlis, mŭnyukakan hati Herodis. Maka sŭbab itu, Herodis bŭrsumpahlah, sambil bŭrjanji handak mŭmbri barang apa pŭrmintaannya. Tŭtapi anak pŭrampuan itu tŭlah tŭrdahulu diajarkan ulih ibunya, maka iya bŭrkata, Brilah kapadaku disini juga kapala Yahya Pŭmbaptisa dalam dulang. Maka duka chitalah raja: akan tŭtapi sŭbab sudah tŭrlampau sumpahnya, dan lagi ulih sŭbab orang yang dudok sŭrtanya dalam pŭrjamuan itu, maka disurohnyalah bri juga padanya. Maka disurohkannyalah orang pŭrgi mŭmanggal kapala Yahya dalam pŭnjara. Hata maka dibawa oranglah kapala itu dalam dulang, lalu dibrikannyalah kapada anak pŭrampuan itu; maka dibawanya pŭrgi kapada ibunya. Maka datanglah murid Yahya mŭngambil mayat itu, lalu ditanamkannya, maka pŭrgilah marika itu mŭmbri tahu akan Isa.