MATIUS 16:24-26
MATIUS 16:24-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati? Dapatkah seseorang menukar hidup itu dengan sesuatu? Tentu tidak.
MATIUS 16:24-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭtlah itu, maka bŭrkatalah Isa pada murid muridnya, Kalau barang siapa yang handak mŭngikot aku, maka handaklah iya mŭnyangkal dirinya, sŭrta mŭmikol salibnya, lalu mŭngikot aku. Maka barang siapa yang handak mŭmliharakan dirinya, iya akan mŭnghilangkan dia; maka barang siapa yang mŭnghilangkan dirinya ulih sŭbab aku, maka iya itulah akan mŭndapatkan dia. Untah apakah kauntongan pada manusia, jikalau kiranya iya mŭndapat sagala dunia ini skalipun, tŭtapi kŭrugian jiwanya? atau apakah yang bulih dibri tukar jiwanya itu?
MATIUS 16:24-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup. Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?