MATIUS 19:4-5
MATIUS 19:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.’
MATIUS 19:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka disahutnya bagie marika itu, sambil bŭrkata, Bahwa bukankah kamu tŭlah mŭmbacha, adapun Tuhan yang mŭnjadikan manusia, pada mulanya tŭlah dijadikannya kaduanya, iya itu laki laki dan pŭrampuan. Maka iya tŭlah bŭrkata, deri sŭbab itu, patutlah manusia ini bŭrjarak deripada ibu bapanya, dan bŭrdamping pada bininya; maka kaduanya itu kŭlak akan mŭnjadi suatu darah daging adanya.
MATIUS 19:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’