Logo Apl Bible
Ikon Carian

MATIUS 2:4-6 - Bandingkan Semua Versi

MATIUS 2:4-6 BM (Alkitab Berita Baik)

Raja Herodes mengumpulkan semua ketua imam dan guru Taurat lalu bertanya, “Di manakah Raja yang dijanjikan oleh Allah akan lahir?” Mereka menjawab, “Di kota Betlehem di negeri Yudea. Seorang nabi sudah menuliskan hal itu, ‘Hai Betlehem di negeri Yudea, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil antara kota-kota utama di Yudea; Daripadamu akan datang seorang pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”

MATIUS 2:4-6 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan ahli Taurat berhimpun lalu bertanya kepada mereka di mana tempat lahirnya Kristus, Mesias itu. Mereka menjawab, “Di Betlehem, di Tanah Yudea. Hal ini tertulis oleh seorang nabi: ‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”

MATIUS 2:4-6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka sŭtlah sudah dikampongkannya sagala Imam yang bŭsar bŭsar, dan Khatib Khatib deripada kaum itu, lalu dipreksainyalah kapada marika itu dimanakah Almasih itu akan jadi. Maka kata marika itu kapadanya, diBathliham tanah Yahuda, kŭrna dŭmkianlah tŭlah disuratkan ulih Nabi. Hie Bathliham tanah Yahuda, bukannya angkau tŭrkŭchil deri antara sagala kapala nŭgri Yahuda, kŭrna akan kluar kŭlak deri dalammu sa’orang Raja, maka iya itu akan mŭmrentahkan kaumku Israil.