MATIUS 20:26-28
MATIUS 20:26-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi orang besar, dia harus melayani orang lain. Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua. Kamu harus berbuat demikian kerana Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”
MATIUS 20:26-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi janganlah kiranya jadi diantara kamu dŭmkian, mŭlainkan jikalau barang sa’orang handak mŭnjadi bŭsar diantara kamu, handaklah iya mŭnjadi orang mŭlayani kamu. Maka jikalau barang sa’orang mahu mŭnjadi pŭnghulu diantara kamu, maka handaklah iya mŭnjadi khadammu. Spŭrti anak manusia itu bukannya iya datang kahandaknya supaya orang lain mŭlayani dia, mŭlainkan iya mŭlayani orang lain, sŭrta dibrikannya pula nyawanya tŭbusan ganti orang banyak.
MATIUS 20:26-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ini tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama dalam kalanganmu, haruslah menjadi hambamu. Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.”