MATIUS 21:21
MATIUS 21:21 Alkitab Berita Baik (BM)
“Ketahuilah,” jawab Yesus, “jika kamu percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, kamu akan dapat melakukan apa yang telah Aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, bahkan kamu akan dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Hal itu pun akan berlaku.
MATIUS 21:21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka disahut ulih Isa bagie marika itu, Bahwa sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau ada kiranya padamu iman, dan tiada shak, jangankan barang yang tŭlah jadi pada pohon ara ini sahja, mŭlainkan jikalau kamu bŭrkata pada bukit ini, tŭrangkat dan tŭrbuang kadalam laut skalipun, sasungguhnya akan mŭnjadi.
MATIUS 21:21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga kepada pokok ara itu, malah kamu boleh berkata kepada gunung ini, ‘Beralihlah dan terhumbanlah ke dalam laut,’ lalu hal itu akan terjadi.