MATIUS 28:12-15
MATIUS 28:12-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila marika itu sudah bŭrhimpun dŭngan orang tua tua, sambil bŭrbichara bŭrsama sama, maka dibri ulih marika itu tŭrlalu banyak upah kapada sagala lashkar itu: Katanya, Kamu katakan, bahwa murid muridnya tŭlah datang pada malam mŭnchuri akan dia, iya itu tŭtkala kami tidor. Maka jikalau kiranya kadŭngaran pada Raja kŭlak, maka kita oranglah akan mŭmbujok dia, dan mŭlindongkan kamu. Maka diambillah ulih marika itu wang itu, lalu dipŭrbuatnyalah spŭrti pŭngajaran marika itu; maka mashorlah pŭrkataan itu diantara orang Yahudi sampie skarang ini.
MATIUS 28:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketua-ketua imam berunding dengan para pemimpin masyarakat Yahudi, dan mengambil keputusan untuk memberikan wang yang banyak kepada askar-askar pengawal itu. Mereka berkata kepada askar-askar itu, “Kamu harus mengatakan bahawa pengikut-pengikut Yesus datang pada malam hari dan mencuri jenazah Yesus ketika kamu tidur. Jika gabenor mendengar hal ini, kami akan meyakinkan dia bahawa kamu tidak bersalah. Kamu tidak usah khuatir.” Askar-askar pengawal mengambil wang itu dan berbuat seperti yang disuruh mereka. Sehingga hari ini, cerita itu masih tersebar di kalangan orang Yahudi.
MATIUS 28:12-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah bermesyuarat dengan tua-tua, mereka memberikan sejumlah wang yang besar kepada askar-askar yang berkawal itu serta berpesan, “Beritahu orang, ‘Para murid-Nya datang pada waktu malam dan mencuri mayat-Nya lalu dibawa pergi sewaktu kami sedang tidur.’ Kalau hal ini sampai ke telinga gabenor, kami akan melembutkan hatinya dan kamu tidak akan diapa-apakan.” Mereka menerima wang itu dan melakukan apa yang diarahkan. Cerita ini biasa disebarkan dalam kalangan orang Yahudi hingga sekarang.