MATIUS 6:16-18
MATIUS 6:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
“Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran. Apabila kamu berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambut, supaya orang tidak tahu bahawa kamu berpuasa. Biarlah hanya Bapamu yang tidak kelihatan itu yang tahu. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan kamu akan menerima pahala daripada Dia.”
MATIUS 6:16-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Danlagi pula apabila kamu puasa, janganlah kamu mŭnurot kalakuan orang munafik dŭngan masam muka, kŭrna marika itu mŭngubahkan rupa mukanya, supaya dilihat ulih orang iya puasa; maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, itulah yang didapati ulih marika itu fahalanya. Adapun apabila angkau puasa, handaklah angkau mŭmakie minyak kapalamu, sŭrta mŭmbasoh mukamu; Supaya jangan rupamu klihatan kapada orang angkau puasa, mŭlainkan biarlah dilihat ulih ayahmu yang tiada klihatan, maka ayahmu yang mŭlihat sagala pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi itu, maka iyalah juga akan mŭmbalas padamu nyata nyata.
MATIUS 6:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapat ganjaran mereka. Ketika berpuasa, minyakilah kepalamu dan basuhlah muka supaya orang tidak tahu kamu berpuasa. Biarlah puasamu hanya diketahui oleh Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan memberikan ganjaran kepadamu.”