MATIUS 6:19-21
MATIUS 6:19-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka janganlah kamu simpan bagiemu harta diatas bumi, iya itu ditŭmpat gŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan ditŭmpat pŭnchuri mŭngorek lalu mŭnchuri. Tŭtapi simpanlah hartamu dalam shorga, iya itu ditŭmpat yang tiada bŭrgŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan tiada pula pŭnchuri mŭngorek atau mŭnchuri. Kŭrna barang dimana ada hartamu, maka disitulah juga ada hatimu.
MATIUS 6:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!”
MATIUS 6:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya. Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.”