Logo Apl Bible
Ikon Carian

MATIUS 6:20-22 - Bandingkan Semua Versi

MATIUS 6:20-22 BM (Alkitab Berita Baik)

Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!” “Mata bagaikan pelita bagi tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya.

MATIUS 6:20-22 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.” “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya.

MATIUS 6:20-22 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Tŭtapi simpanlah hartamu dalam shorga, iya itu ditŭmpat yang tiada bŭrgŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan tiada pula pŭnchuri mŭngorek atau mŭnchuri. Kŭrna barang dimana ada hartamu, maka disitulah juga ada hatimu. Adapun yang mŭnŭrangkan tuboh iya itulah mata, maka sŭbab itu jikalau matamu itu baik, nŭschaya sagala tubohmu pun tranglah adanya.