MATIUS 6:33-34
MATIUS 6:33-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu. Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.”
MATIUS 6:33-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi charilah kamu dahulu krajaan Allah sŭrta dŭngan kabŭnarannya, maka sagala pŭrkara itu akan ditambahi pada kamu. Sŭbab itu janganlah kamu mŭnaroh fikiran akan hari esok itu, kŭrna esok itu ada mŭnaroh fikiran derihal dirinya sŭndiri; maka chukoplah pada sa’hari itu dŭngan kasusahannya sŭndiri.
MATIUS 6:33-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. Oleh itu, jangan khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan khuatir tentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukup dengan kesusahan sehari.”