MATIUS 6:5-13
MATIUS 6:5-13 Alkitab Berita Baik (BM)
“Apabila kamu berdoa, jangan seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran mereka. Tetapi apabila kamu berdoa, masuklah ke bilik dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak kelihatan itu. Bapa kamu yang mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu, akan memberikan pahala kepada kamu. Apabila kamu berdoa, jangan gunakan banyak kata yang tidak bererti seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahawa Allah akan mendengarkan permintaan mereka kerana doa mereka panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya. Sepatutnya kamu berdoa begini, ‘Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat. [Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’
MATIUS 6:5-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Apabila angkau sŭmbahyang, maka janganlah angkau mŭnurot kalakuan orang orang munafik, kŭrna marika itu suka sŭmbahyang dŭngan bŭrdiri dalam kŭnisa kŭnisa, dan pada pŭnjuru sempang sempang, supaya dilihat ulih manusia; sasungguhnya aku bŭrkata padamu, itulah yang didapati ulih marika itu fahalanya. Tŭtapi apabila angkau sŭmbahyang, masoklah kadalam bilekmu, tutopkanlah pintumu, mintalah doa kapada ayahmu, maka ayahmu yang mŭlihat sagala pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi, maka iyalah juga kŭlak mŭmbalas padamu nyata nyata. Maka apabila kamu mŭminta doa, janganlah mŭngulang ulangi pŭrkataan yang sia sia spŭrti orang sŭsat, kŭrna pada sangka marika itu, supaya ditrima Allah sŭbab banyak pŭrkataan. Maka sŭbab itu, janganlah kamu turot kalakuan marika itu, kŭrna ayahmu itu mŭngtahui iya akan barang pŭrkara yang bŭrguna padamu, iya itu tŭrdahulu deripada kamu mŭminta kapadanya. Sŭbab itu handaklah kamu mŭminta doa dŭmkian bunyinya: Ayah kami yang ada dishorga, tŭrmulialah kiranya namamu; Luaslah kiranya krajaanmu, kahandakmu bŭrlakulah diatas bumi ini spŭrti dalam shorga; Brilah kiranya akan kami pada hari ini rŭzki yang chukop; Dan ampunilah kiranya sagala salah kami spŭrti kami mŭngampuni kasalahan orang lain pada kami; Maka janganlah kiranya masokkan kami kadalam pŭrchobaan, mŭlainkan lŭpaskanlah kami deripada yang jahat, kŭrna augkaulah yang ampunya krajaan, dan kuasa, dan kamuliaan, pada slama lamanya. Amin.
MATIUS 6:5-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. Berdoalah demikian: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Berilah kami makanan untuk hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’