MATIUS 7:7-8
MATIUS 7:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
“Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya; dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.
MATIUS 7:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Mintalah, maka akan dibri; charilah, maka kamu akan mŭndapat; kŭtoklah, maka akan dibukakan. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, iya juga akan bŭrulih; dan barang siapa yang mŭnchari, iya juga akan mŭndapat; dan pada yang mŭngŭtok, akan dibukakan.
MATIUS 7:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.