MATIUS 9:18-31

MATIUS 9:18-31 Alkitab Berita Baik (BM)

Sementara Yesus berkata-kata dengan para pengikut Yohanes Pembaptis, seorang ketua rumah ibadat datang berlutut di hadapan-Nya dan berkata, “Anak perempuan saya baru sahaja meninggal. Tetapi datanglah dan letakkan tangan padanya supaya dia hidup semula.” Yesus bangkit lalu pergi bersama dengan dia. Pengikut-pengikut Yesus pun ikut serta. Kemudian seorang wanita yang selama dua belas tahun menghidap penyakit pendarahan teruk yang berkaitan dengan haidnya, menghampiri Yesus dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. Wanita itu berkata dalam hati, “Asal sahaja aku menyentuh jubah-Nya, tentu aku akan sembuh.” Yesus berpaling dan nampak dia. Yesus berkata kepadanya, “Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh!” Pada ketika itu juga wanita itu sembuh. Apabila Yesus tiba di rumah ketua itu, Dia melihat para pemain muzik perkabungan dan semua orang di situ kecoh. Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini tidak mati; dia hanya tidur.” Mereka mula mentertawakan Yesus. Tetapi sebaik sahaja mereka keluar, Yesus masuk ke dalam bilik anak perempuan itu lalu memegang tangannya. Anak itu pun bangkit. Berita ini tersebar ke seluruh daerah itu. Yesus meninggalkan tempat itu. Ketika Dia sedang berjalan, dua orang buta mula mengikut Dia. Mereka berseru, “Hai Anak Daud, kasihanilah kami.” Apabila Yesus masuk ke dalam rumah, kedua-dua orang buta itu menghampiri Dia. Yesus bertanya kepada mereka, “Percayakah kamu bahawa Aku boleh menyembuhkan kamu?” “Ya, Tuan!” jawab mereka. Lalu Yesus menjamah mata mereka sambil berkata, “Kerana kamu percaya, berlakulah apa yang kamu harapkan!” Lalu mereka dapat melihat. Yesus berpesan kepada mereka dengan tegas, “Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun.” Tetapi mereka pergi dan menyebarkan berita tentang Yesus ke seluruh daerah itu.

MATIUS 9:18-31 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Maka adalah pada tŭtkala iya bŭrchŭtra chŭtra deri hal sagala pŭrkara ini pada marika itu, hieran, maka datanglah sa’orang Pŭnghulu anu sujud padanya, sŭraya bŭrkata, Bahwa anakku pŭrampuan bahru juga mati, marilah kiranya angkau bubuhkan tanganmu itu, nŭschaya iya bulih hidop pula. Maka bangunlah Isa mŭngikot dia sŭrta dŭngan sagala muridnya. ¶ Maka sasungguhnya adalah sa’orang pŭrampuan yang ada pŭnyakit tumpah tumpah darah, dua blas tahun lamanya, maka datanglah iya deri blakang Isa mŭnjamah tŭpi bajunya. Kŭrna pada fikiran pŭrampuan itu dalam hatinya, Jikalau kujamah bajunya sahja, maka bulihlah aku sŭmboh. Maka Isa pun bŭrpalinglah sŭrta mŭlihat dia, sambil bŭrkata, Sŭnangkanlah hatimu, hie anak pŭrampuan, bahwa imanmu tŭlah mŭnyŭmbohkan dikau; maka pŭrampuan itu pun sŭmbohlah pada kutika itu juga. Hata maka Isa pun sampielah karumah Pŭnghulu itu, lalu dilihatnya orang bŭrmain bunyi bunyian, sŭrta banyak orang mŭmbuat gadoh. Maka kata Isa pada marika itu, Lalulah kamu skalian, kŭrna budak pŭrampuan itu bukannya mati, iya tidor sahja; maka ditŭrtawakanlah ulih marika itu akan dia. Sŭtlah sudah marika itu dihalaukan, lalu masoklah Isa, sŭrta dipŭgangnya tangannya, maka budak pŭrampuan itu pun bangunlah. Maka mashorlah wartanya itu kluar kapada sagala bŭnua itu. ¶ Maka apabila bŭrjalanlah Isa deri sana, maka datanglah dua orang buta mŭngikot dia, sambil bŭrtriak, katanya, Kasihankanlah kami hie anak Daud. Maka apabila masoklah Isa kadalam sa’buah rumah, lalu datanglah orang buta itu kapadanya, maka kata Isa pada marika itu, Adakah kamu pŭrchaya yang aku bŭrkwasa bŭrbuat ini? maka kata marika itu, Sasungguhnya Tuhan. Tŭtkala itu maka dijamahnyalah matanya, sambil bŭrkata, Bagimana yang angkau pŭrchaya jadilah padamu. Maka tŭrchŭleklah matanya; lalu dilarangkan ulih Isa sangat pada marika itu, katanya, Ingat baik baik, supaya jangan dikŭtahui ulih sa’orang jua pun akan hal ini. Maka apabila pŭrgilah marika itu, lalu dipŭchahkannyalah khabar itu pada sagala nŭgri itu.

MATIUS 9:18-31 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Sedang Yesus berkata-kata hal-hal ini kepada mereka, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, “Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.” Yesus pun bangun lalu pergi bersamanya, diiringi oleh murid-murid-Nya. Ketika itu, ada seorang wanita yang telah menghidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia mendekati Yesus dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. Fikir wanita itu dalam hatinya, “Apabila kusentuh jubah-Nya, tentu aku akan sembuh.” Yesus menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, “Tegapkanlah hatimu, anak-Ku! Imanmu telah menyembuhkanmu.” Seketika itu wanita itu sembuh. Apabila Yesus sampai di rumah ketua itu, Dia nampak para pemain seruling dan semua orang di situ kelam-kabut. Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.” Mereka mentertawakan Yesus. Tetapi setelah mereka keluar, Yesus masuk ke bilik anak perempuan itu dan memegang tangannya lalu anak itu bangun. Khabar ini tersebar ke seluruh daerah itu. Ketika Yesus meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikut-Nya sambil berseru, “Wahai Anak Daud, kasihanilah kami!” Ketika Yesus masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Yesus bertanya, “Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?” “Percaya, Tuhan!” jawab mereka. Yesus pun menyentuh mata mereka sambil berkata, “Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu inginkan!” Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Yesus mengingatkan mereka, “Jangan ceritakan hal ini kepada siapa pun.” Tetapi mereka pergi menyebarkan khabar tentang Yesus ke seluruh daerah itu.