MARKUS 16:4-5
MARKUS 16:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Di tengah jalan mereka bercakap sesama sendiri, “Siapakah yang boleh menolong kita menggulingkan batu penutup pintu kubur?” (Batu itu sangat besar.) Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat bahawa batu itu sudah digulingkan. Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut.
MARKUS 16:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila dilihat ulih marika itu, klihatanlah batu itu sudah tŭrguling, kŭrna iya itu tŭrlalu bŭsar adanya. Maka sŭrta masok marika itu kŭdalam kubor itu dilihatnya sa’orang orang muda ada dudok disŭblah kanan, pakieannya baju puteh panjang, maka kŭtakotanlah marika itu.
MARKUS 16:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila mereka memandang makam itu, mereka mendapati batu yang sangat besar itu telah pun digulingkan. Mereka masuk ke dalam makam itu dan melihat seorang pemuda berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan; mereka sungguh terkejut dan ketakutan.