MARKUS 7:21-23
MARKUS 7:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)
kerana dari hatilah timbul fikiran jahat yang menyebabkan orang berbuat cabul, merompak, membunuh, berzina, tamak; melakukan segala perkara yang jahat, seperti menipu, berbuat yang tidak senonoh, cemburu, memfitnah, sombong, dan tidak berbudi pekerti. Semua perkara jahat ini timbul dari dalam dan hal itulah yang menajiskan orang.”
MARKUS 7:21-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna deri dalam itu, iya itu yang kluar deri hati manusia, mŭmbawa fikiran yang jahat, pŭrsundalan, bŭrzinah, dan mŭmbunoh orang; Pŭnchuri, loba, kŭjahatan, pŭnipu, kainginan yang jahat, mata jahat, mŭnghujat, chongkak, dan kŭbodohan. Maka sagala pŭrkara jahat ini datang deri dalam, dan iya itu mŭnŭjiskan manusia.
MARKUS 7:21-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
kerana dari dalam, dari hati manusialah timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang berfikiran durjana, berbuat cabul, mencuri, membunuh, berzina, tamak, berdendam, menipu, mengeluarkan kata-kata lucah, bermata jahat, dengki, mengkufuri Allah, berlagak sombong, dan bersikap bodoh. Semua perkara jahat ini timbul dari dalam hati dan itulah yang menajiskan seseorang.”