BILANGAN 14:21-23 - Compare All Versions

BILANGAN 14:21-23 BM (Alkitab Berita Baik)

Tetapi Aku berjanji demi diri-Ku dan demi Aku yang hidup dan berkuasa di bumi ini, bahawa tiada seorang pun antara umat ini akan pergi ke tanah itu. Mereka sudah nampak cahaya hadirat-Ku dan mukjizat yang Aku lakukan di Mesir dan di padang gurun, namun mereka terus-menerus mencubai Aku, dan tidak mahu mentaati Aku. Mereka tidak sekali-kali akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang pun yang melawan Aku akan pergi ke sana.

BILANGAN 14:21-23 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Namun demikian, demi Aku yang hidup dan demi kemuliaan TUHAN yang memenuhi seluruh bumi, sesungguhnya semua orang yang telah melihat kemuliaan-Ku dan tanda-tanda ajaib yang Kuadakan di Mesir serta di gurun tetapi masih juga menguji Aku sampai sepuluh kali dan tidak mahu mematuhi-Ku, sekali-kali tidak akan melihat negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka! Semua yang menista Aku tidak akan melihat negeri itu.