BILANGAN 17:8 - Compare All Versions

BILANGAN 17:8 BM (Alkitab Berita Baik)

Keesokan harinya, ketika Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN, dia melihat bahawa tongkat Harun, tongkat yang mewakili suku Lewi, sudah bertunas. Tongkat itu sudah berkudup, berbunga, dan menghasilkan beberapa buah badam yang tua.

BILANGAN 17:8 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Keesokan harinya ketika Musa masuk ke dalam khemah kesaksian, tampak tongkat Harun yang mewakili bani Lewi telah bertunas. Tongkat itu pun mengeluarkan kuncup, berbunga, dan menghasilkan buah badam.