BILANGAN 3:12-13
BILANGAN 3:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
“Sekarang orang Lewi menjadi milik-Ku. Ketika Aku membunuh semua anak lelaki sulung orang Mesir, Aku telah mentahbiskan semua anak lelaki sulung keluarga Israel untuk menjadi milik-Ku sendiri, dan juga tiap-tiap anak jantan sulung ternakan. Tetapi sekarang Aku mengambil orang Lewi menjadi milik-Ku sebagai pengganti semua anak lelaki sulung Israel; orang Lewi akan menjadi milik-Ku. Akulah TUHAN.”
BILANGAN 3:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesungguhnya, Aku mengambil bani Lewi dalam kalangan orang Israel sebagai ganti semua anak sulung, iaitu yang lahir pertama daripada rahim antara orang Israel. Jadi, bani Lewi ialah kepunyaan-Ku, kerana semua anak sulung ialah kepunyaan-Ku. Pada waktu Aku menewaskan semua anak sulung di Tanah Mesir, Aku mentahbiskan bagi-Ku semua yang sulung di Israel, baik manusia mahupun haiwan. Semua itu kepunyaan-Ku. Akulah TUHAN.”