FILIPI 2:9-11
FILIPI 2:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa.
FILIPI 2:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.
FILIPI 2:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah tŭlah ditinggikan Allah sangat akan dia, sŭrta dikurniakannya padanya suatu nama yang diatas sagala nama. Supaya akan nama Isa itu kŭlak haruslah tundok sagala lutut, iya itu baik sagala pŭrkara yang dilangit, baik sagala pŭrkara yang dibumi, baik sagala pŭrkara dibawah bumi. Dan supaya sagala lidah pun mŭngaku bahwasanya Isa Almasih itu Tuhan, bagie kamuliaan Allah iya itu Ayah.