FILIPI 4:6-7
FILIPI 4:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
FILIPI 4:6-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kamu mŭnaroh khuatir atas barang pŭrkara, mŭlainkan dalam tiap tiap sŭsuatu biarlah kamu pohonkan kapada Allah dŭngan doa, dan pŭrmintaan, sŭrta dŭngan shukor. Adapun sŭjahtra deripada Allah yang mŭlampaui sagala pŭngatahuan itu, kŭlak akan mŭmliharakan hati kamu, dan ingatan kamu dŭngan bŭrkat Isa Almasih.
FILIPI 4:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.