MAZMUR 150:1-6
MAZMUR 150:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di Rumah-Nya! Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya! Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa! Pujilah keagungan-Nya! Pujilah Dia dengan trompet! Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi! Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian! Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling! Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting! Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang! Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
MAZMUR 150:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di tempat suci-Nya; pujilah Dia dalam langit-Nya yang perkasa. Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat; pujilah Dia kerana kebesaran-Nya yang unggul. Pujilah Dia dengan bunyi sangkakala, pujilah Dia dengan gambus dan kecapi, pujilah Dia dengan tamborin dan tarian, pujilah Dia dengan alat bertali dan seruling, pujilah Dia dengan simbal yang gempita, pujilah Dia dengan simbal yang gemerencing. Setiap yang bernafas, pujilah TUHAN. Pujilah TUHAN!