MAZMUR 3:1-8
MAZMUR 3:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Raja Daud ketika baginda lari daripada Absalom, puteranya. Ya TUHAN, betapa banyaknya musuhku, sangat banyak orang yang menentang aku! Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!” Tetapi Engkau, ya TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku. Engkau memberi aku kemenangan dan memulihkan semangatku. Aku berseru kepada TUHAN meminta pertolongan, dan dari bukit-Nya yang suci, Dia menjawab aku. Aku berbaring, lalu tidur, dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku. Aku tidak takut terhadap beribu-ribu lawan yang mengepung aku dari segala jurusan. Selamatkanlah aku, ya TUHAN, Allahku, hukumlah dan lumpuhkanlah semua musuhku.
MAZMUR 3:1-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku! Ramai yang berkata tentangku, “Allah tidak akan menyelamatkannya.” Sela Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku. Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku. Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak. Bangkitlah, ya TUHAN! Selamatkanlah aku, Ya Allahku! Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka; patahkanlah gigi orang zalim. Daripada TUHAN datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela