WAHYU 14:6 - Bandingkan Semua Versi

WAHYU 14:6 BM (Alkitab Berita Baik)

Kemudian aku nampak satu lagi malaikat terbang tinggi di angkasa. Dia membawa berita baik yang kekal untuk diisytiharkan kepada manusia di bumi, iaitu kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara.

WAHYU 14:6 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kemudian aku melihat satu lagi malaikat terbang di tengah langit, membawa Injil yang kekal untuk disampaikan kepada penghuni bumi dan kepada setiap bangsa, suku, bahasa dan kaum.

WAHYU 14:6 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Arkian maka kulihat pula sa’orang mŭliekat lain tŭrbang pada sama tŭngah langit itu, maka ada padanya Injil yang kŭkal, akan dimashorkannya dia itu kapada orang orang yang mŭngdiami diatas bumi, dan pada sagala bangsa, dan katuronan, dan bahsa, dan kaum.