WAHYU 14:9-11 - Bandingkan Semua Versi
WAHYU 14:9-11 BM (Alkitab Berita Baik)
Setelah kedua-dua malaikat itu pergi, datanglah malaikat ketiga yang berseru, “Sesiapa yang menyembah binatang itu dan patungnya, serta menerima tanda binatang itu pada dahi atau tangan, akan minum wain yang melambangkan kemurkaan Allah. Wain yang pekat itu dituang ke dalam cawan kemurkaan-Nya! Semua orang itu akan diseksa di dalam api dan belerang di hadapan malaikat-malaikat suci dan Anak Domba. Asap api yang menyeksa mereka akan mengepul terus-menerus untuk selama-lamanya. Mereka yang menyembah binatang itu dan patungnya, serta mereka yang mempunyai tanda nama binatang itu, akan terus-menerus terseksa siang dan malam.”
WAHYU 14:9-11 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Mereka diikut oleh satu lagi malaikat yang berkata dengan suara lantang, “Jika sesiapa menyembah binatang itu dan patungnya, dan menerima tandanya di atas dahi atau tangan, dia juga akan minum air anggur kemurkaan Allah, yang dituangkan tanpa ditambah air ke dalam cawan murka-Nya itu. Dia akan dikenakan azab api dan belerang di hadapan para malaikat yang suci dan di hadapan Anak Domba. Asap api yang menyeksa mereka itu akan naik berkepul-kepul selama-lamanya. Mereka tidak akan berehat siang malam, kerana mereka menyembah binatang itu dan patungnya serta menerima tanda namanya.”
WAHYU 14:9-11 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Shahadan mŭliekat yang katiga mŭngikot marika itu pun katanya dŭngan swara yang nyaring, Jikalau barang siapa yang mŭnyŭmbah akan binatang dan gambarnya, sŭrta mŭndapat tandah pada dahinya, atau ditangannya, Maka dapat tiada orang itu kŭlak mŭminum deripada ayer anggor morka Allah, yang tŭlah dituang dŭngan tiada bŭrchampor kadalam chawan morkanya; maka iya itu kŭlak akan disŭngsarakan dŭngan api dan bŭlerang, dihalrat mŭliekat mŭliekat yang suchi, dan dihalrat anak Domba itu. Maka asap sŭngsara marika itu kŭlak akan naik sampie slama lamanya: maka tiadalah pŭrhŭntian bagienya pada siang dan malam, iya itu barang siapa yang mŭnyŭmbah akan binatang dan gambarnya, dan barang siapa yang tŭlah mŭmakie tanda namanya.