WAHYU 17:14 - Bandingkan Semua Versi
WAHYU 17:14 BM (Alkitab Berita Baik)
Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”
Kongsi
WAHYU 17 BMWAHYU 17:14 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”
Kongsi
WAHYU 17 AVBWAHYU 17:14 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka iya inilah akan mŭmrangi anak Domba itu, maka anak Domba itu kŭlak akan mŭngalahkan dia; kŭrna iya itu Tuhan sagala tuan, dan Raja sagala raja raja; adapun orang yang bŭsŭrta dŭngan dia itulah orang yang dijŭmpot, dan dipileh, dan sŭtiawan adanya.
Kongsi
WAHYU 17 KEAS