ROMA 1:26-28
ROMA 1:26-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana manusia berbuat demikian, Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang keji. Wanita melakukan hubungan jenis dengan sesama wanita, dan hal itu tidak sepatutnya dilakukan. Begitu juga halnya dengan lelaki; mereka tidak lagi melakukan hubungan jenis dengan wanita, melainkan berahi terhadap sesama lelaki. Lelaki melakukan hubungan jenis dengan sesama lelaki, dan hal itu memalukan. Oleh itu mereka menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka. Kerana manusia tidak mahu mengakui Allah, Allah membiarkan fikiran mereka menjadi rosak, sehingga mereka melakukan hal-hal yang tidak senonoh.
ROMA 1:26-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah tŭlah disŭrahkan Allah akan marika itu kapada sagala nafsu yang hina, kŭrna pŭrampuannya pun tŭlah mŭngubahkan tabiatnya yang patut itu kapada yang tiada patut. Dan dŭmkian lagi laki laki pun tŭlah mŭninggalkan pŭrbuatannya yang patut kapada pŭrampuan itu, maka bŭrhangatlah nafsunya sa’orang kapada sa’orang, iya itu laki laki dŭngan laki laki mŭlakukan pŭrkara yang hina, sampie ditrima ulih marka itu pŭmbalasan yang patut sŭbab kŭsalahannya itu. Maka kŭrna marika itu tiada mahu ingat akan Allah dalam pŭngŭtahuannya, maka dibiarkan Allah marika itu dalam akal yang jahat, sahingga dipŭrbuatnyalah sagala pŭrkara yang tiada bŭrpatutan.
ROMA 1:26-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Itulah sebabnya Allah membiarkan mereka didorong hawa nafsu yang keji. Kaum wanita mereka pun berpaling daripada yang tabii kepada yang di luar tabii. Demikian juga kaum lelaki. Mereka berpaling daripada hubungan tabii dengan wanita dan dibakar nafsu keberahian terhadap sama sejenis. Lelaki dengan lelaki melakukan perkara yang aib, lalu menerima dalam diri mereka hukuman yang setimpal. Oleh sebab mereka enggan mengenal Allah, maka Allah membiarkan mereka dikuasai fikiran yang hina, sehingga mereka melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.