ROMA 14:19-23
ROMA 14:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri. Jangan rosakkan rancangan Allah semata-mata kerana makanan! Semua makanan adalah suci, tetapi seseorang dianggap bersalah sekiranya sesuatu yang dimakannya menyebabkan orang lain tersandung. Sebaik-baiknya jauhilah makan daging atau minum air anggur atau apa sahaja yang dapat melemahkan saudaramu. Apa yang kamu percayai, percayailah sendirian di hadapan Allah. Diberkatilah orang yang tidak perlu mengadili dirinya tentang sesuatu yang dipercayainya benar. Sebaliknya, seseorang yang makan sesuatu dengan perasaan waswas adalah bersalah kerana perbuatannya itu tidak berasaskan iman. Segala yang tidak berasaskan iman itu adalah dosa.
ROMA 14:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya kita harus sentiasa bertujuan untuk melakukan hal-hal yang membawa kerukunan, dan yang saling menguatkan iman. Janganlah rosakkan apa yang sudah dilakukan oleh Allah, hanya kerana soal makanan. Semua makanan boleh dimakan, tetapi jika apa yang kamu makan menyebabkan orang lain berdosa, maka perbuatan itu salah. Lebih baik tidak makan daging, atau minum wain, atau melakukan apa sahaja yang akan menyebabkan seorang saudara seiman berdosa. Apa yang kamu percayai tentang perkara-perkara itu, biarlah hal itu diketahui oleh Allah dan kamu sahaja. Berbahagialah orang yang tidak berasa bersalah, apabila dia melakukan apa yang dianggapnya benar. Tetapi jika seseorang meragui apa yang dimakannya, Allah menyalahkan dia, kerana perbuatan orang itu tidak berdasarkan keyakinan bahawa apa yang dilakukannya itu benar. Perbuatan seperti itu dosa.
ROMA 14:19-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu handaklah kita mŭnurot akan sagala pŭrkara yang mŭndatangkan damie, dan sagala pŭrkara yang dapat mŭngajari sa’orang akan sa’orang. Kŭrna makanan itu tiada mŭrosakkan iya akan pŭrbuatan Allah; bahwa sŭsungguhnya sagala pŭrkara itu suchi adanya, tŭtapi kapada orang yang akan mŭndatangkan shak mŭnjadi dosalah. Maka baiklah juga jangan angkau makan daging, atau minum anggor, atau barang apa yang mŭndatangkan tŭrantok, atau shak, atau mŭlŭmahkan saudaramu. Maka adakah kapadamu iman? handaklah angkau tarohkan itu bagie dirimu dihalrat Allah. Maka slamatlah kiranya bagie orang yang tiada mŭnyalahkan dirinya sŭndiri atas pŭrkara itu yang dipŭrkŭnankannya. Maka adapun orang yang mŭnaroh waswas itu salahlah apabila dimakannya, sŭbab dimakannya itu dŭngan tiada bŭriman; kŭrna barang sa’suatu yang tiada dŭngan bŭriman, iya itulah dosa adanya.