ROMA 2:1
ROMA 2:1 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itulah tiada uzor kapadamu hie barang siapa pun baik yang mŭnyalahkan orang lain, kŭrna dalam pŭrkara yang angkau salahkan orang lain itu, maka angkau hukumkan dirimu dahulu, kŭrna angkau yang mŭnyalahkan orang itu, bahwa angkau pun ada bŭrbuat pŭrkara pŭrkara itu juga.
ROMA 2:1 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, sahabatku, siapakah kamu sehingga mahu menyalahkan orang lain? Kamu sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri. Hal itu demikian, kerana apabila kamu menyalahkan orang lain, lalu kamu sendiri melakukan perbuatan yang sama, kamu menjatuhkan hukuman kepada diri kamu sendiri.
ROMA 2:1 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, kamu tidak boleh berdalih, hai manusia walau siapa pun kamu, apabila kamu menghakimi orang. Pada waktu kamu hakimi orang lain, kamu juga menjatuhkan hukuman kepada dirimu sendiri; kerana kamu yang menghakimi juga melakukan perkara yang sama.