ROMA 2:2-11 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 2:2-11 BM (Alkitab Berita Baik)
Kita tahu bahawa keputusan Allah memang benar, apabila Dia menghukum orang yang berbuat demikian. Tetapi sahabatku, kamu pun melakukan perkara-perkara yang kamu tuduhkan kepada orang lain. Kamu pasti tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah. Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa. Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal itu demikian, kerana Allah akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya. Allah akan memberikan hidup sejati dan kekal kepada mereka yang sentiasa berbuat baik, dan mengharapkan kemuliaan, penghormatan, dan hidup yang kekal. Tetapi mereka yang mementingkan diri sendiri dan menolak Allah supaya dapat melakukan kejahatan, akan ditimpa kemurkaan dan kemarahan Allah. Setiap orang yang berbuat jahat akan menanggung kesengsaraan dan penderitaan: mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi. Tetapi Allah akan memberikan kemuliaan, penghormatan, dan kesejahteraan kepada semua orang yang berbuat baik: mula-mula kepada orang Yahudi, dan juga kepada orang bukan Yahudi. Hal itu demikian, kerana Allah menghakimi semua orang dengan adil.
ROMA 2:2-11 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Tetapi kita tahu bahawa hukuman Allah berdasarkan kebenaran dan dijatuhkan ke atas mereka yang mengamalkan perkara demikian. Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah? Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat? Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil. Allah akan “membalas kepada setiap orang setimpal dengan perbuatannya.” Bagi mereka yang terus berbuat baik dengan sabar demi mendapatkan kemuliaan, kehormatan dan keabadian, Dia akan memberikan hidup yang kekal; manakala bagi mereka yang mementingkan diri dan tidak taat akan kebenaran tetapi menjunjung kedurjanaan, maka kemarahan dan kemurkaan Allah akan menimpa mereka. Kesusahan dan kesengsaraan akan menimpa diri setiap orang yang melakukan kedurjanaan: mula-mula kepada orang Yahudi, kemudian kepada orang Yunani; tetapi kemuliaan, kehormatan dan kesejahteraan akan dicurahkan kepada setiap orang yang berbuat baik: mula-mula orang Yahudi, kemudian orang Yunani juga. Allah tidak menghakimi berat sebelah.
ROMA 2:2-11 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Tŭtapi tŭlah sudah tŭrtŭntu kapada kita, bahwa hukum Allah itu sŭkŭdar akan mŭngalahkan orang yang bŭrbuat sagala pŭkŭrjaan yang dŭmkian itu adanya. Maka pada sangkamu, bahwa angkau tŭrlŭpaskah kŭlak deripada hukum Allah, hie orang yang mŭnyalahkan orang bŭrbuat pŭrkara itu? tŭtapi angkau sŭndiri pun bŭrbuat juga bŭgitu. Atau angkau mŭnghinakankah kŭmurahan Allah yang amat sangat itu, dan sabarnya, dan panjang hatinya, sŭrta tiada pula angkau mŭngtahui bahwa kŭmurahan Allah itu mŭmbawa dikau kapada taubut. Hanya angkau turotkan juga sŭkŭdar hatimu yang kŭras, dan yang tiada mahu taubat itu, dŭngan mŭnghimponkan morka Allah bagie dirimu sampie kapada masa morkanya itu dan hukumnya yang adil itu akan dinyatakan. Maka Allah akan mŭmbalas pada tiap tiap orang spŭrti sŭkŭdar pŭrbuatannya. Adapun slamat kŭkal bagie orang yang mŭnŭntot kŭmuliaan, dan hormat, dan pri yang tiada kŭbinasaan, sŭrta mŭmbuat baik dŭngan tŭtap sabarnya. Tŭtapi kapada orang yang mŭmbantahi, dan yang tiada mŭnurot kabŭnaran, mŭlainkan iya suka bŭrbuat jahat, maka marah dan morka Allah, Dan seksa, dan sŭngsaralah atas tiap tiap jiwa orang yang bŭrbuat jahat, iya itu tŭrdahulu kapada orang Yahudi, dan kapada orang sŭsat pula. Tŭtapi kŭmuliaanlah dan hormat, dan sŭjahtralah bagie tiap tiap orang yang bŭrbuat baik, tŭrdahulu kapada orang Yahudi, dan kapada orang sŭsat pula. Kŭrna Allah itu tiada mŭmandang muka manusia.