ROMA 2:3-4
ROMA 2:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi sahabatku, kamu pun melakukan perkara-perkara yang kamu tuduhkan kepada orang lain. Kamu pasti tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah. Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.
ROMA 2:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pada sangkamu, bahwa angkau tŭrlŭpaskah kŭlak deripada hukum Allah, hie orang yang mŭnyalahkan orang bŭrbuat pŭrkara itu? tŭtapi angkau sŭndiri pun bŭrbuat juga bŭgitu. Atau angkau mŭnghinakankah kŭmurahan Allah yang amat sangat itu, dan sabarnya, dan panjang hatinya, sŭrta tiada pula angkau mŭngtahui bahwa kŭmurahan Allah itu mŭmbawa dikau kapada taubut.
ROMA 2:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah? Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?