ROMA 5:1-2
ROMA 5:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Yesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Yesus dan sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan harapan untuk beroleh bahagian dalam kemuliaan Allah.
ROMA 5:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA adapun sŭbab kita tŭlah dibŭnerkan ulih iman, maka kita bŭrulihlah pŭrdamiean antara Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami. Maka dŭngan sŭbabnya juga kita pŭrulih jalan masok, ulih sŭbab iman, kŭdalam anugrah ini yang tŭmpat kita bŭrtumpu, dan bŭrsuka chitalah dŭngan harap akan kŭmuliaan Allah.
ROMA 5:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh yang demikian, kerana kita telah diperbenar melalui iman, kita telah berdamai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui-Nya kita telah mencapai dengan iman kasih kurnia yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah.