ROMA 5:3-5
ROMA 5:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita.
ROMA 5:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita pun tŭrmŭgahlah dalam hal kasukaran pun, sŭbab kita mŭngtabui, bahwa kasukaran itu mŭngadakan sabar adanya. Maka sabar itu mŭngadakan kŭbiasaan, dan kŭbiasaan itu mŭngadakan harap. Adapun harap itu tiada mŭndatangkan malu, sŭbab kasih Allah itu dituangkan dalam hati kita ulih Roh Alkudos yang tŭlah dianugrahkan kapada kita.
ROMA 5:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan. Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan. Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Kudus, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.