ROMA 8:31-35
ROMA 8:31-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita? Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain? Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah. Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian.
ROMA 8:31-35 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apakah garangannya yang handak kita katakan atas sagala pŭrkara ini? Adapun jikalau Allah ada bŭrsŭrta dŭngan kita, siapakah yang dapat mŭlawan kita? Adapun Allah yang tiada sayang akan Anaknya sŭndiri, mŭlainkan disŭrahkannya dia akan ganti kita skalian; bŭtapa kiranya Tuhan tiada akan mŭmbri bŭrsama sama dŭngan Anaknya sagala pŭrkara kapada kita dŭngan kŭmewahannya? Maka siapakah yang dapat mŭnchŭlai akan orang yang dipileh Allah? mŭlainkan Allah juga mŭmbŭnarkan. Siapakah dia itu yang mŭnghukumkan? Mŭlainkan Almasih juga yang tŭlah mati, bahkan tŭrutama iya itu yang tŭlah dibangkitkan pula, maka iyalah juga yang pada kanan Allah, dan lagi yang mŭmohonkan kŭrna kita. Maka siapakah kŭlak yang mŭnchŭriekan kita deri pada kasih Almasih itu? Ta’kan kasukaran, atau kasusahan, atau annyaya, atau kŭlaparan, atau kŭtŭlanjangan, atau bahya, atau pŭdangkah?
ROMA 8:31-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi, apakah yang akan kita katakan sebagai sambutan kepada hal ini? Jika Allah memihak kepada kita, siapa dapat melawan kita? Dia tidak mengecualikan Anak-Nya sendiri, tetapi menyerahkan-Nya untuk kita semua. Oleh itu, tidakkah Dia, bersama Anak-Nya itu, juga akan memberikan segala-galanya kepada kita dengan rela? Siapa yang akan mendakwa orang pilihan Allah? Allah yang memperbenar. Siapakah yang dapat mempersalah kita? Kristus Yesus, yang telah mati, bahkan lebih daripada itu, yang telah dibangkitkan, berada di sebelah kanan Allah dan juga berdoa syafaat bagi pihak kita. Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?