ROMA 8:6-8
ROMA 8:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian. Seseorang yang fikirannya dikuasai oleh tabiat manusia, menjadi musuh Allah. Orang itu tidak mentaati hukum Allah, dan sebenarnya dia tidak dapat mentaati hukum Allah. Orang yang hidup menurut tabiat manusia, tidak dapat menyenangkan hati Allah.
ROMA 8:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna mŭngikot hawa nafsu itu, iya itu mati adanya; tŭtapi mŭnurot Roh itulah hidop dan slamat adanya. Kŭrna hawa nasu itulah bŭrsŭtru kapada Allah, kŭrna iya itu tiada ta’alok kapada hukum Allah, skali kali pun ta’bulih. Dŭmkian adanya orang yang mŭnurot hawa nafsu pun tiada bulih mŭnyukakan Allah.
ROMA 8:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan. Fikiran sifat tabii yang berdosa memusuhi Allah kerana fikiran demikian tidak tunduk kepada hukum Allah dan tidak dapat berbuat demikian. Orang yang dikawal oleh sifat tabii yang berdosa tidak berupaya mendapat keredaan Allah.