KIDUNG AGUNG 1:4 - Compare All Versions

KIDUNG AGUNG 1:4 BM (Alkitab Berita Baik)

Cepatlah, bawalah aku bersama-samamu, ya rajaku, bawalah aku ke bilikmu. Kami akan bersukaria kerana engkau, dan memuji cintamu lebih daripada wain; patutlah gadis-gadis cinta kepadamu.

KIDUNG AGUNG 1:4 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Rengkuhlah aku di belakangmu! Ayuh kita bergegas! Aku sudah dibawa sang raja ke dalam biliknya. Meriahlah kami beriang ria kerana engkau, kami akan menyanjung cintamu lebih daripada air anggur. Patutlah mereka cinta kepadamu!