TITUS 2:11-12 - Bandingkan Semua Versi
TITUS 2:11-12 BM (Alkitab Berita Baik)
Hal itu demikian, kerana Allah sudah menunjukkan rahmat-Nya untuk menyelamatkan umat manusia. Rahmat-Nya mengajar kita supaya hidup salih dan tidak mengejar hal-hal keduniaan. Di dalam dunia ini kita harus hidup dengan mengawal diri, jujur, dan menghormati Allah.
Kongsi
TITUS 2 BMTITUS 2:11-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata. Kita diajar supaya hidup warak, tidak memburu keinginan duniawi, mengawal diri, ikhlas, dan menghormati Allah pada zaman ini.
Kongsi
TITUS 2 AVBTITUS 2:11-12 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Kŭrna anugrah Allah yang mŭndatangkan slamat itu tŭlah klihatanlah pada sagala manusia, Mŭngajar kami, iya itu sŭtlah kami mŭnolakkan klakuan fasik, dan sagala nafsu dunia, patutlah kami bŭrlaku sopan, dan kabŭnaran, dan kabaktian dalam dunia.
Kongsi
TITUS 2 KEAS