Kesah sagal Rasul 20
20
FATSAL XX.
1ADAPUN apabila bĹrhĹntilah pĹrgadohan itu, maka Paulus pun mĹmanggillah sagala murid itu datang kapadanya, sĹrta dipĹlok marika itu, lalu kluarlah iya handak pĹrgi kaMakadonia.
2Maka sĹtlah sudah iya mĹlalui sagala jajahan itu sambil mĹmbri bĹbrapa nasihat, lalu sampielah iya kĹtanah Grika.
3Maka tinggallah iya tiga bulan lamanya disana; maka apabila diadang ulih orang Yahudi akan dia tĹtkala iya handak bĹrlayar kabĹnua Syria, sĹbab itu bĹrfikirlah iya handak pulang mĹlalui Makadonia.
4Maka Supater orang nĹgri Beria, dan Aristarkus, dan Sekundus orang Thessalonika, dan Gaius orang Derbi, dan Timothius, dan Tychikus, dan Trofimus orang Asia; skaliannya itu mĹngikot dia sampie kaAsia.
5Maka orang orang itu pun pĹrgilah dahulu mĹnantikan kami dinĹgri Troas.
6Adapun kumdian deripada hari raya roti yang tiada bĹragi, maka kami pun bĹrlayarlah kaFilipi, dalam lima hari juga sampielah kami kaTroas; maka disanalah kami tinggal tujoh hari lamanya.
7BĹrmula pada hari ahad apabilah sagala murid tĹlah bĹrhimponlah akan mĹmakan roti, maka Paulus mĹngajar marika itu, niatnya handak bĹrjalan pada esok harinya, sĹrta dilanjotkannya pĹrkataannya sampie tĹngah malam.
8Maka adalah banyak pĹlita diatas loteng ditĹmpat marika itu bĹrhimpon.
9BĹrmĹla maka adalah sa’orang orang muda bĹrnama Eutykus dudok dijĹnela, maka iya tĹrtidorlah lĹlap; sĹmĹntara Paulus lagi mĹngajar lambat itu, maka sĹkunyung kunyung jatohlah iya dĹngan lĹlapnya itu deri tengkat rumah yang katiga sampie kĹbawah, maka didapati orang akan dia sudah mati.
10Maka turonlah Paulus mĹmbaringkan dirinya ka’atasnya, sĹrta didakapnya akan dia, katanya, Janganlah kamu susah, kĹrna adalah lagi nyawanya.
11Maka sĹtlah naiklah iya kĹmbali, sĹrta dipĹchahkannya roti lalu makan, sambil mĹngajar pula iya bĹbrapa lamanya sahingga tĹrbit fajar, maka kluarlah iya lalu bĹrjalan.
12Maka dibawalah orang akan orang muda itu sudah hidop, maka sĹnanglah hati marika itu bukannya sĹdikit.
13¶ Maka kami pun naiklah kĹkapal, lalu bĹrlayar dahulu kanĹgri Assos, disanalah kami handak mĹnantikan Paulus; kĹrna dĹmkianlah pĹsannya, iya sĹndiri handak bĹrjalan kaki.
14Maka sĹtlah bĹrtĹmulah iya dĹngan kami diAssos, maka kami pun mĹngambil akan dia, lalu sampielah kanĹgri Mitilini.
15Maka deri sana bĹrlayarlah kami, lalu sampielah kasĹbarng pulau Kios pada esoknya; maka lusanya sampielah kami kaSamos, lalu tinggallah dinĹgri Trogilium; maka pada hari yang lain sampielah kami kaMilitus.
16KĹrna Paulus tĹlah bĹrniat handak bĹrlayar mĹlalui Efesus, sĹbab iya tiada mahu kĹchewa waktunya diAsia; maka bĹrsĹgralah iya, supaya dĹngan sĹbulih bulihnya juga iya handak sampie kaJerusalem pada hari raya Pentikosta.
17¶ Adapun disurohnyalah orang deri Militus pĹrgi kaEfesus, akan mĹnjĹmpot sagala orang tua tua sidang jĹmaah itu.
18SĹtlah datanglah orang orang itu kapadanya, maka bĹrkatalah iya pada marika itu, Bahwa kamu tĹlah mĹngĹtahui deripada mula mula hari tĹtkala aku datang masok kanĹgri Asia ini, bagimana aku tĹlah mĹlakukan diriku bĹrsama sama dĹngan kamu slama ini.
19DĹngan mĹmbuat ibadat kapada Tuhan dĹngan sangat mĹrĹndahkan hati, dĹngan banyak ayer mata, dan bĹbrapa pĹrchobaan yang tĹlah bĹrlaku ka’atasku sĹbab diadang ulih orang orang Yahudi.
20Dan bagimana aku tiada mĹnyĹmbunyikan barang apa yang bĹrfiedah pada kamu, mĹlainkan tĹlah kuunjokkan padamu, sĹrta mĹngajar kamu dalam mĹjĹlis, dan deripada sĹbuah rumah kasĹbuah rumah.
21Sambil mĹmbri saksi baik kapada orang Yahudi, baik kapada orang Grika, iya itu derihal bĹrtaubat pada Allah, dan bĹriman akan Tuhan kami Isa Almasih.
22Maka skarang pun kĹtahuilah ulih kamu, bahwa aku tĹlah diajak ulih Roh akan pĹrgi kanĹgri Jerusalem, maka tiada kukĹtahui apakah garangannya kĹsudahanku disana.
23MĹlainkan adalah disaksikan ulih Roh Alkudos padaku katanya, Pada tiap tiap nĹgri bĹbrapa bĹlunggu dan kĹsukaran ada mĹnantikan aku
24Akan tĹtapi tiada aku pĹdulikan barang suatu jua pun deripada sagala pĹrkara ini, dan tiada pula kuindahkan nyawaku, supaya aku mĹnggĹnapi pĹrjalananku dĹngan suka chita, dan jawatan yang tĹlah kupĹrulih deripada Tuhan Isa itu akan mĹnyatakan Injil nikmat Allah itu.
25Maka skarang sĹsungguhnya aku tĹlah mĹnĹgtahui kamu skalian yang tĹlah kuajarkan krajaan Allah itu tiada akan dapat lagi mĹmandang mukaku.
26SĹbab itu aku handak mĹnjadikan kamu skalian saksi pada hari inilah, iya itu aku tĹlah suchi deripada darah kamu skalian.
27KĹrna tiada aku sĹmbunyikan deripadamu pĹngajaran sagala kahandak Allah.
28¶ Maka sĹbab itu handaklah kamu skalian mĹnjaga akan dirimu sĹndiri, dan akan kawan kawan itu atas mana kamu ini pun tĹlah diangkatkan ulih Roh Alkudos akan mĹnjadi pĹmĹrentah, dan akan mĹnggombalakan sidang jĹmaah Tuhan yang tĹlah ditĹbusnya dĹngan darahnya sĹndiri.
29KĹrna tĹlah kukĹtahui, bahwa kumdian deripada pĹninggalanku ini kĹlak dapat tiada akan masok bĹbrapa sĹrigala yang garang diantara kamu, yang tiada sayangkan kawan domba itu kĹlak.
30Maka deri antara kamu juga akan bĹrbangkit bĹbrapa orang mĹngatakan bĹbrapa pĹrkara putar balik akan mĹmbalikkan sagala murid itu mĹngikotkan dia.
31SĹbab itu bĹrjagalah, sĹrta ingatlah kamu, bahwa tiga tahun lamanya pada siang dan malam, aku tiada bĹrhĹnti deripada mĹmbri nasihat pada sa’orang, sĹrta dĹngan bĹrchuchuran ayer mataku.
32Skarang pun hie sagala saudara, kusĹrahkanlah kamu kapada Allah, dan kapada pĹrkataan nikmatnya yang bĹrkwasa mĹnĹtapkan kamu, dan mĹmbri padamu suatu bahgian pusaka diantara sagala orang yang tĹlah disuchikannya.
33Shahadan tiadalah pĹrnah aku loba akan mas perak, atau pakiean orang.
34Bahkan, kamu sĹndiri tĹlah mĹngĹtahui, bahwa kadua tanganku ini bĹkĹrja akan mĹnchari kahidopanku, dan kahidopan orang yang sĹrta dĹngan aku.
35Maka aku tĹlah mĹnunjokkan pada kamu dalam sagala pĹrkara, bahwa patutlah kamu pun dĹngan bĹrlĹlah dĹmkian juga mĹnulong akan sagala orang yang lĹmah, sĹrta ingat akan pĹrkataan Tuhan Isa itu, bĹtapa iya sĹndiri tĹlah bĹrkata, Adapun mĹmbri itu lebih slamat deripada mĹnĹrima.
36¶ Maka apabila sudah iya bĹrkata skalian itu, lalu bĹrtĹlotlah iya, sĹrta mĹminta doa bĹrsama sama dĹngan marika itu.
37Maka mĹnangislah sagala marika itu dĹngan tangis yang maha sangat; maka sagala marika itu pun mĹmĹloklah lehir Paulus, sĹrta mĹnchium akan dia.
38Maka duka chitalah sangat marika itu deri sĹbab pĹrkataan yang dikatakannya itu, Bahwa tiadalah lagi marika itu akan mĹmandang mukanya. Maka dihantarkan ulih marika itu naik kĹkapal.
Currently Selected:
Kesah sagal Rasul 20: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866