Kesah sagal Rasul 19
19
FATSAL XIX.
1SŬBARMULA maka adalah pada masa Apollos lagi diKorinthus itu, maka Paulus pun tĹlah mĹlalui tanah tanah sĹblah darat bĹnua itu, maka sampielah iya kaEfesus, maka didapatinyalah bĹbrapa murid disana.
2Maka bĹrkatalah iya pada marika itu, Sudahkah kamu mĹnĹrima Roh Alkudos sĹdang kamu pĹrchaya itu? Maka jawab marika itu, BĹlomlah pĹrnah kami mĹnĹngar, iyakah ada Roh Alkudos.
3Maka bĹrkatalah iya pada marika itu, Atas jalan yang manakah kamu dibaptisakan? Maka jawab marika itu, Atas jalan baptisan Yahya.
4Maka bĹrkatalah Paulus, Bahwa sĹsungguhnya Yahya tĹlah mĹmbaptisakan orang dĹngan baptisan taubat, mĹmbri tahu kapada kaum itu, supaya marika itu pĹrchaya akan orang yang datang kĹlak kumdian deripadanya, iya itulah Isa Almasih.
5Maka apabila marika itu mĹnĹngar akan hal yang dĹmkian, maka dibaptisakannya marika itu dĹngan nama Tuhan Isa.
6Adapun dĹmi Paulus mĹmbuboh tangan ka’atas marika itu, maka turonlah Roh Alkudos kapadanya, sahingga marika itu bĹrkata kata dĹngan bahsa lain lain sĹrta bĹrnabuat.
7Maka adalah banyak marika itu sĹkira kira duablas orang.
8Maka Paulus pun masoklah kĹdalam kĹnisa, sĹrta mĹngajar dĹngan bĹraninya, sambil bĹrbantah, dan mĹmbujok marika itu tiga bulan lamanya derihal pĹrkara krajaan Allah.
9TĹtapi apabila banyak orang kĹraslah hatinya, dan tiada mahu pĹrchaya, mĹlainkan mĹndustakan jalan itu dihadapan orang banyak, maka undorlah Paulus deripada marika itu, sĹrta diasingkannya murid itu deripadanya, sambil iya bĹrbantah sahari hari dalam tĹmpat bĹlajar sa’orang yang bĹrnama Tiranus.
10Maka slalulah dĹngan hal yang dĹmkian dua tahun lamanya, sahingga sagala orang yang diam diAsia pun mĹnĹngar derihal pĹrkataan Tuhan Isa, baik orang orang Yahudi, baik orang Grika.
11Maka diadakan Allah dĹngan tangan Paulus itu bukan barang barang ajaib.
12Sahingga dibawalah ulih orang kapada orang yang sakit itu disĹntohkan sapu tangan, atau ikat pinggang Paulus, maka sagala pĹnyakit itu pun tĹrbanglah, dan sagala jin yang jahat itu pun kluarlah deripada marika itu.
13¶ SĹbarmula maka bĹbrapa orang Yahudi yang bĹranyut, lagi hubatan sĹndiri mĹngambil kwasa mĹnyĹbut nama Tuhan Isa itu atas orang orang yang tĹrkĹna jin yang jahat itu, katanya, Kami mĹnyumpahi kamu dĹmi Isa yang dichĹrtrakan ulih Paulus.
14Maka adalah tujoh orang yang bĹrbuat dĹmkian, iya itu anak Skewa, sa’orang Yahudi pĹnghulu imam.
15Maka disahut ulih jin yang jahat itu katanya, KukĹnal Isa, dan kukĹnal akan Paulus; tĹtapi angkau ini siapa?
16Maka orang yang tĹrkĹna ulih jin jahat itu pun mĹlompatlah atas marika itu, lalu mĹnanglah iya, marika itu pun alahlah, sahingga larilah marika itu kluar deri rumah itu dĹngan bĹrtĹlanjang dan lukanya.
17Maka pĹchahlah khabar itu kapada sagala orang Yahudi, dan orang Grika yang diam dalam nĹgri Efesus, maka marika itu skalian pun kĹtakotanlah, lalu dipĹrmuliakan oranglah akan nama Tuhan Isa.
18Maka banyaklah orang yang pĹrchaya itu datang, sambil mĹngaku dan mĹngatakan sagala pĹrbuatannya.
19Maka adalah banyak orang yang mĹngĹrjakan hikmat itu pun mĹmbawalah sagala kitab kitabnya bĹrtimbun timbun, dibakarnya dihadapan sagala orang; maka dikira kirakan ulih marika itu harganya adalah lima laksa kĹping perak.
20DĹmkian itulah bĹrtambah tambah kwasanya pĹrkataan Tuhan tĹrlalu sangat, sĹrta dĹngan kĹmĹnangannya.
21¶ Adapun sĹtlah sĹlĹsielah sagala pĹrkara ini, maka Paulus pun tĹntukan dalam hatinya, apabila iya sudah mĹlalui Makadonia dan Akaia, iya handak pĹrgi kaJerusalem pula, katanya, Jikalau sudah kusampie kĹsana kĹlak, aku handak pula pĹrgi kanĹgri Rom.
22Maka sĹtlah sudah disurohkannya dua orang yang bĹrkhodmat padanya pĹrgi kaMakadonia, iya itu Timothius dan Erastus, akan tĹtapi tinggallah iya sĹndirinya sĹdikit waktu diAsia.
23Maka pada masa itu juga jadilah suatu gĹmpar bukannya kĹchil, sĹbab hal jalan itu juga.
24KĹrna adalah sa’orang tukang perak yang bĹrnama Demetrius, yang mĹmbuat rumah rumah bĹrhala kĹchil deri pada perak bagie dewata yang bĹrnama Diana, maka iya itu mĹndatangkan untong bukannya sĹdikit kapada sagala kawan kawannya yang bĹkĹrja itu.
25Maka dihimponkannyalah marika itu sĹrta dĹngan sagala orang yang mĹmakan upah dalam sama pĹkĹrjaan itu, sĹrta bĹrkata, Hie tuan tuan skalian, bahwa kamu tĹlah mĹngĹtahui, adapun deripada pĹkĹrjaan inilah kita bĹrulih kahidopan kita
26Tambahan pula kamu tĹlah mĹlihat dan mĹnĹngar, bahwa bukannya dinĹgri Efesus sahja, mĹlainkan hampir sluroh tanah Asia Paulus ini tĹlah mĹmbujok, dan tĹlah mĹmbalikkan banyak orang, katanya, Bahwa barang yang dipĹrbuat dĹngan tangan bukannya Allah adanya.
27SĹbab dĹmkian itu bukannya pĹkĹrjaan ini sahja akan disĹblahkan, mĹlainkan rumah bĹrhala Diana yang bĹsar itu pun akan dihinakan orang, maka kĹmuliannya yang disĹmbah ulih isi sĹgĹnap Asia itu, dan sagala dunia itu pun binasalah.
28Maka apabila didĹngar ulih sagala orang akan hal yang dĹmkian, maka pĹnohlah marika itu dĹngan marah, lalu bĹrtriak, katanya, BĹsarlah kiranya Diana orang Efesus itu.
29Maka sagala nĹgri itu pun pĹnohlah dĹngan huru hara; sĹtlah sudah ditangkapnya akan Gaius dan Aristarkus, iya itu orang orang Makadonia yang bĹrkawan dĹngan Paulus dalam pĹrjalanannya, lalu ditĹmpohlah ulih orang dĹngan satu hati ditĹmpat wayang itu.
30Maka apabila Paulus handak masok ditĹmpat marika itu, tiadalah dibri ulih sagala murid.
31Maka adalah bĹbrapa orang pĹnghulu deripada bĹnua Asia sahabat Paulus itu pun mĹnyurohkan orang kapadanya mĹminta supaya jangan iya mĹmasokkan dirinya katĹmpat wayang itu.
32Maka sĹbab itu bĹrtriaklah orang, sĹtĹngah kata bĹgini, sĹtĹngah kata bĹgitu; kĹrna fakat itu tĹlah huru hara, dan kĹbanyakkan orang tiada mĹngĹtahui apakah sĹbabnya iya bĹrhimpon.
33Maka dikluarkannya Iskandar deri antara sagala orang itu, sĹrta ditarohkan ulih orang Yahudi akan dia kahadapan; maka diisharatkan ulih Iskandar dĹngan tangannya, handak mĹmbri jawab kapada kaum itu.
34TĹtapi apabila dikĹtahui ulih marika itu, bahwa iyalah sa’orang orang Yahudi, maka bĹrtriaklah sagala orang spĹrti suatu swara sĹkira kira dua jam lamanya katanya, BĹsarlah Diana orang Efesus.
35Adapun sĹtlah sudah didiamkan ulih hakim akan sagala kaum itu, maka bĹrkatalah iya, Hie kamu orang Efesus, siapakah manusia yang bĹlom mĹngĹtahui bĹtapa isi nĹgri Efesus mĹnyĹmbah dewata Diana yang bĹsar itu, dan gambarnya yang tĹlah turon deripada Jupiter.
36Kalau sĹdah dikĹtahui tiadalah bulih dibantahi akan sagala pĹrkara ini, maka saharusnyalah kamu mĹndiamkan dirimu, dan janganlah kamu bĹrbuat barang ada dĹngan gopoh gopoh.
37KĹrna kamu tĹlah mĹmbawa orang orang ini kĹmari, bukannya iya mĹnchuri harta bĹrhalamu, dan bukannya pula iya mĹnghujat nama dewatamu itu.
38SĹbab itu jikalau Demetrius, dan orang lain yang sama pĹnchariannya ada barang pĹrda’waan atas sa’orang, bahwa ada tĹmpat bichara dan pĹnghulu, biarlah marika itu bĹrda’wa sa’orang sama sa’orang.
39TĹtapi jikalau kiranya kamu mĹnuntot akan pĹrkara lain lain itu, bulihlah dibicharakan dalam pĹrhimponan bichara yang bĹtol.
40KĹrna kita ini ada dalam susah, Ĺntah barang kali dipreksai derihal huru hara yang jadi pada hari ini, kĹrna tiada sĹsuatu sĹbab yang kita bulih mĹmbri jawab akan hal pĹrhimponan ini.
41TĹlah habislah dikatakan ulih hakim itu dĹmkian, maka disurohnyalah pĹrhimponan itu pulang.
Currently Selected:
Kesah sagal Rasul 19: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866