Kesah sagal Rasul 18
18
FATSAL XVIII.
1SHAHADAN kumdian deri pada sagala pĹrkara ini, maka kluarlah Paulus deri Athen, lalu sampielah kanĹgri Korinthus.
2Maka didapatinyalah disana sa’orang Yahudi yang bĹrnama Akila, iya itu dipranakkan dinĹgri Pontus, bahru datang deri bĹnua Italia, sĹrta dĹngan istrinya yang bĹrnama Priskila; sĹbab Kiesar Klaudius tĹlah bĹrtitah mĹngundorkan sagala orang Yahudi deri nĹgri Rom; maka datanglah Paulus kapada marika itu.
3Maka sĹbab sama pĹnchariannya, tinggallah iya bĹrsama sama dĹngan marika itu, sĹrta bĹkĹrjalah, kĹrna pĹncharian marika itu mĹnjadi tukang mĹmbuat khemah.
4BĹrmula maka adalah pada tiap tiap hari sabtu Paulus mĹngajar dalam kĹnisa, dan mĹmbujok orang Yahudi dan orang Grika.
5Adapun apabila Silas dan Timothius datanglah deri Makadonia, maka bĹrgĹraklah hati Paulus, sambil iya bĹrsaksi kapada orang Yahudi, bahwa Isa itulah Almasih adanya.
6TĹtapi apabila marika itu mĹlawan akan dia sĹrta mĹnghujat, maka dikĹbaskannyalah pakieannya, sĹrta bĹrkata kapada marika itu, Bahwa kĹbinasaanmu tĹrtanggonglah ka’atas kĹpalamu juga, aku tĹlah suchilah; maka skarang pun aku handak pĹrgi kapada orang sĹsat.
7¶ Maka sĹtlah sudah iya lalu deri sana, masoklah iya kĹrumah sa’orang yang bĹrnama Jastus, iya itu sa’orang bĹrbakti kapada Allah, maka rumahnya itu pun adalah bĹrhubong dĹngan kĹnisa.
8Maka adapun Krispus pĹnghulu kĹnisa itu, sĹrta sagala isi rumahnya pun pĹrchayalah akan Tuhan, maka bĹbrapa orang Korinthus yang mĹnĹngar itu pun pĹrchayalah, sĹrta dibaptisakan dia.
9Maka bĹrfĹrmanlah Tuhan kapada Paulus dalam suatu pĹnglihatan pada malam, Bahwa janganlah angkau takot, mĹlainkan ajarkan juga; janganlah bĹrdiam dirimu.
10KĹrna aku ini ada bĹsĹrta dĹngan dikau, maka barang sa’orang jua pun tiada dapat mĹlanggar, atau mĹndatangkan bahya ka’atasmu, kĹrna kaumku ada banyak dalam nĹgri ini.
11Maka dudoklah iya disana sa’tahun anam bulan lamanya mĹngajar pĹrkataan Allah diantara marika itu.
12¶ SĹbarmula maka tĹtkala Gallio mĹnjadi pĹnghulu dibĹnua Akaia, maka bĹrbangkitlah sagala orang Yahudi dĹngan satu hati mĹlawan Paulus, sĹrta dibawanya akan dia katĹmpat bichara.
13Katanya, Bahwa orang inilah mĹngajak manusia mĹnyĹmbah Allah atas jalan yang mĹlawan tauret.
14Maka apabila Paulus pun handak mumbuka mulotnya, maka bĹrkatalah Gallio kapada orang orang Yahudi, Kalau bichara derihal kĹsalahan, atau putar balik, bulihlah aku tahu dĹngan kamu mĹnurot akal.
15TĹtapi jikalau ini suatu sual derihal pĹrkataan, atau nama nama, atau hukum agama, lihatlah kamu sĹndiri juga, aku tiada mahu mĹnjadi hakim atas pĹrkara yang dĹmkian ini.
16Lalu dihalaukannyalah akan marika itu deri tĹmpat bichara.
17Maka ditangkap ulih orang Grika akan Sosthenis pĹnghulu kĹnisa itu, lalu dipukolnya akan dia dihadapan tĹmpat bichara; tĹtapi tiada dipĹdulikan ulih Gallio akan sagala pĹrkara ini.
18¶ Adapun sĹtlah Paulus sudah tinggal bĹbrapa lamanya disana, maka bĹrmohonlah iya kapada sagala saudara, lalu naiklah iya kakapal, lalu bĹrlayar kabĹnua Syria, dan adalah Priskila dan Akila bĹrsama sama dĹngan dia; sĹtlah sudah Paulus mĹnggunting rambut kĹpalanya dinĹgri Kenkeria, kĹrna iya tĹlah bĹrnazar.
19Hata maka sampielah iya kaEfesus, maka ditinggalkannyalah marika itu disana, mĹlainkan iya sĹndiri juga masok kĹdalam kĹnisa, lalu mĹngajar orang Yahudi.
20Shahadan maka dipintalah ulih marika itu supaya iya tinggal sĹdikit hari lagi sĹrtanya, maka Ĺngganlah iya.
21Maka bĹrmohonlah iya kapada marika itu, katanya, Ta’dapat tiada aku handak mĹndapati hari raya yang datang ini diJerusalem, kĹmdian aku akan kĹmbali kapada kamu skalian, insha Allah. Hata bĹrlayarlah iya deri Efesus.
22Maka sĹtlah sampielah iya kanĹgri Kesaria, lalu naiklah iya kĹdarat, sĹrta mĹlawat sidang jĹmaah disana, maka turonlah iya kaAntiok.
23Maka sĹtlah sudah iya diam disana bĹbrapa lamanya, maka kluarlah iya mĹlalui bĹrturot turot bĹnua Galatia dan Frijia, sambil mĹuĹtapkan sagala murid itu.
24¶ Alkesah maka adalah sa’orang orang Yahudi yang bĹrnama Apollos, yang dipranakkan dinĹgri Iskandria, maka iyalah sa’orang peta lidahnya, dan lagi pun paham akan kitab, iya itu datang kanĹgri Efesus.
25Adapun orang ini tĹlah diajari akan jalan Tuhan, maka sĹbab rajin hatinya, lalu iya mĹmashorkan dan mĹngajar derihal Tuhan, tĹtapi dikĹtahuinya baptisan Yahya sahja.
26Maka dimulainyalah mĹmashorkan dalam kĹnisa dĹngan gagah bĹrani; maka apabila didĹngar ulih Akila dan Priskila, lalu dipanggilnya akan dia, sĹrta diartikannya padanya jalan Allah lebih trus trang.
27Adapun apabila orang itu handak pĹrgi kanĹgri Akaia, maka sagala saudara pun bĹrkirimlah surat dĹngan nasihat kapada sagala murid disana, supaya mĹnyambut dia; maka apabila sampielah iya kĹsana, banyaklah tulongan yang dibrinya kapada sagala orang yang pĹrchaya ulih anugrahnya.
28KĹrna ditĹmplaknya akan orang Yahudi itu bĹrtalaran dĹngan usaha yang amat sangat, sĹrta ditunjokkannya deri pada kitab, bahwa Isa itu Almasih adanya.
Currently Selected:
Kesah sagal Rasul 18: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866