YouVersion Logo
Search Icon

Injil Mathius 4

4
FATSAL IV.
1KUMDIAN deripada itu, maka Isa pun dibawalah ulih Roh pĹ­rgi kapada suatu padang bĹ­lantara, supaya dichobai ulih Iblis akan dia.
2Hata maka puasalah iya ampat puloh hari ampat puloh malam, kumdian deripada itu, bahrulah iya lapar.
3Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bĹ­rkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mĹ­njadi roti.
4TĹ­tapi jawab Isa, katanya, Bahwa tĹ­lah tĹ­rsurat, bukannya manusia ini bulih hidop dĹ­ngan makan roti sahja, mĹ­lainkan ulih tiap tiap pĹ­rkataan yang tĹ­rbit deripada mulot Allah.
5Sŭtlah itu lalu diambil Iblis akan Isa pula, dibawanya pŭrgi kaBethalmukadis, sŭrta didirikannya akan dia diatas bumbongan ka’abah;
6Maka katanya pula pada Isa, Jikalau kiranya angkau anak Allah, tĹ­rjunkanlah dirimu kabawah, kĹ­rna sudah tĹ­rsurat, Bahwa Allah akan bĹ­rfĹ­rman kapada sagala maliekatnya deri halmu, maka akan ditatangnya dikau diatas tangannya supaya jangan tĹ­rantak kakimu pada batu.
7Maka bĹ­rkata Isa padanya, Bahwa tĹ­lah tĹ­rsurat pula, maka janganlah angkau mĹ­nchobai Tuhan Allahmu itu.
8Maka dibawalah ulih Iblis pula akan dia ka’atas sa’buah bukit yang amat tinggi, lalu diunjokkannyalah padanya sagala krajaan dunia dan kamulianaya;
9Maka katanya pada Isa, Bahwa skalian ini akan kubrikan padamu, jikalau angkau mahu sujud mĹ­nyĹ­mbah aku.
10Maka tĹ­tkala itu bĹ­rkata Isa padanya, Nyahlah angkau hie Shietan, kĹ­rna sudah tĹ­rsurat, Bahwa handaklah angkau mĹ­nyĹ­mbah Tuhan Allahmu, sĹ­rta bĹ­ribadat kapadanya sahja.
11SĹ­tlah itu, maka undorlah Iblis deripadanya, hieran, maka datanglah bĹ­brapa maliekat mĹ­layani akan dia.
12¶ Maka apabila didŭngar ulih Isa akan khabar Yahya sudah dimasokkan orang kadalam pŭnjara, lalu iyapun pŭrgilah kaGalilia.
13Maka sĹ­tlah sudah iya mĹ­ninggalkan Nazareth, lalu datanglah iya diam diKapĹ­rnaom, yang ditĹ­pi pantie tasik pada batasan tanah Zabulan dan Nafthali.
14Supaya gĹ­naplah pĹ­rkataan yang dikatakan ulih Nabi Jasia, katanya,
15Tanah Zabulan dan Nafthali, dĹ­kat kĹ­tasik yang disĹ­brang Jordan, iya itu Galilia orang sĹ­sat.
16Adapun orang yang dudok dalam gĹ­lap tĹ­lah mĹ­lihat suatu trang yang amat bĹ­sar: dan bagie sagala orang yang dudok dalam bĹ­nua yang dinawangi ulih kamatian, tĹ­lah tĹ­rbitlah suatu trang adanya.
17¶ Arkian maka deripada kutika itu, bahrulah dimulie ulih Isa mŭngajar, katanya, Taubatlah kamu, kŭrna krajaan shorga sudah dŭkat.
18¶ Maka apabila Isa bŭrjalan ditŭpi pantie tasik Galilia itu, lalu dilihatnya dua orang bŭrsaudara, iya itu Simon yang bŭrgŭlar Petrus, dau Andria saudaranya, marika itu mŭmbuang pukat dalam tasik itu, kŭrna marika itu pŭmukat.
19Maka bĹ­rkatalah Isa padanya, Marilah kamu mĹ­ngikot aku, kĹ­rna aku handak mĹ­njadikan kamu pĹ­mukat manusia.
20Maka pada kutika itu juga marika itu mĹ­ninggalkan pukatnya, lalu mĹ­ngikot akan dia.
21Maka apabila Isa sudah bŭrjalan deri sana, lalu dilihatnya pula dua orang lain bŭrsaudara, iya itu Yakob anak Zabdi, dan Yahya saudaranya, dalam sa’buah pŭrahu, sŭrta dŭngan bapanya Zabdi itu mŭmbubol pukatnya, lalu dipanggil ulih Isa akan marika itu.
22Maka dĹ­ngan skutika itu juga marika itu mĹ­ninggalkan pĹ­rahunya sĹ­rta bapanya, lalu diikotnya akan dia.
23¶ Bŭrmula maka Isa pun mŭnjalanilah akan sagala tanah Galilia, sambil mŭngajar dalam kanisa kanisa marika itu, sŭrta mŭmashorkan Injil krajaan Allah, dan lagi mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit dan pŭnyakitan diantara kaum itu.
24Maka pĹ­chahlah wartanya itu sampie bĹ­rkĹ­liling sagala bĹ­nua Syria: maka dibawakan oranglah kapadanya sagala orang yang sakit dĹ­ngan bĹ­rjĹ­nis jĹ­nis pĹ­nyakit, dan sĹ­ngsara, dan orang yang kĹ­na jin, dan orang gila babi, dan orang tepok; maka disĹ­mbuhkanlah ulih Isa akan marika itu.
25Maka banyaklah orang mĹ­ngikot akan dia deri tanah Galilia, dan deri nĹ­gri Dikapulis, dan deri nĹ­gri Jerusalem, dan tanah Yahuda, dan deri tanah yang disĹ­brang sungie Jordan.

Currently Selected:

Injil Mathius 4: KEAS

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in