YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 11

11
Raja Damai yang akan datang
1 # Why 5:5; 22:16. Suatu tunas akan keluar daripada tunggul Isai#11:1 ‘Suatu tunas ... dari tunggul Isai’: Merujuk kepada keturunan Daud yang kelak datang sebagai raja yang adil dan benar (lihat Yer. 23:5). suatu cabang daripada akarnya akan berbuah.
2Roh TUHAN akan diam padanya —
roh kebijaksanaan dan pengertian,
roh nasihat dan keperkasaan,
roh pengetahuan dan takut kepada TUHAN —
3takut kepada TUHAN ialah kesukaannya.
Dia tidak akan menghakimi menurut apa yang tampak di hadapan matanya,
atau memutuskan perkara menurut apa yang didengar oleh telinganya,
4 # 2Tes 2:8. tetapi Dia akan menghakimi orang miskin dengan perbenaran,#11:4,5 Perbenaran: Antara maknanya ialah ketulusan, kejujuran dan keikhlasan.
dan memutuskan perkara dengan keadilan bagi orang yang tertindas di bumi.
Dia akan menghukum bumi dengan rotan daripada mulut-Nya,
dan dengan nafas mulut-Nya Dia akan mematikan orang fasiq.
5 # Ef 6:14. Perbenaran adalah sabuk di pinggangnya
dan kesetiaan adalah ikat pinggangnya.
6 # Yes 65:25. Serigala akan tinggal bersama-sama domba,
harimau bintang akan berbaring dengan anak kambing.
Anak lembu, anak singa, dan ternakan yang tambun akan tinggal bersama-sama,
dan kesemuanya akan dipimpin oleh seorang anak kecil.
7Lembu betina dan beruang akan sama-sama meragut rumput,
anak masing-masing akan berbaring bersama-sama,
dan singa akan makan jerami seperti lembu.
8Anak yang masih menyusu akan bermain-main dekat lubang ular senduk,
dan anak yang cerai susu akan menghulurkan tangannya ke dalam liang ular berbisa.
9 # Hab 2:14. Tidak ada yang akan berbuat jahat ataupun membinasakan
di seluruh gunung-Ku yang suci,
kerana bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang TUHAN,
seperti air meliputi laut.
10 # Rm 15:12. Pada waktu itu, Tunas Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi suku-suku bangsa. Dia akan dicari oleh bangsa-bangsa dan kediamannya akan menjadi mulia. 11Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut.
12Dia akan mengangkat panji-panji bagi bangsa
dan akan menghimpunkan orang Israel yang terbuang.
Dia akan mengumpulkan orang Yehuda yang tercerai-berai dari keempat-empat penjuru bumi.
13Dengki Efraim akan hilang,
dan orang yang menyesakkan Yehuda akan dilenyapkan.
Efraim tidak akan dengki terhadap Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim.
14Sebaliknya, mereka akan terbang ke lereng gunung orang Filistin di sebelah barat,
bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur.
Mereka akan menghulurkan tangan untuk mencengkam Edom dan Moab,
dan bani Amon akan tunduk mematuhi mereka.
15 # Why 16:12. TUHAN akan membinasakan sama sekali teluk laut Mesir;
dengan angin-Nya yang panas,
Dia akan mengayunkan tangan-Nya
kepada Sungai Efrat
dan memukulnya menjadi tujuh batang anak sungai,
sehingga orang dapat menyeberanginya dengan berkasut.
16Maka akan ada jalan raya dari Asyur
bagi saki-baki umat-Nya,
sama seperti yang ada bagi Israel dahulu pada waktu mereka keluar dari Tanah Mesir.

Currently Selected:

Yesaya 11: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

Video for Yesaya 11