Mazmur 99

99
1 # Kel 25:22. TUHAN bertakhta memerintah,
biarlah bangsa-bangsa gementar;
Dia tinggal di antara malaikat kerubin,
biarlah bumi bergegar.
2TUHAN Maha Besar di Sion;
dan Dia jauh di atas semua bangsa.
3Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan —
Dia Maha Kudus.
4Kekuatan Raja cinta akan keadilan —
Engkau telah mengasaskan kesaksamaan;
Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.
5Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya;
Dia Maha Kudus.
6Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya,
dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya;
mereka berseru kepada TUHAN
dan Dia menjawab mereka.
7 # Kel 33:9. Dia berfirman kepada mereka dalam tiang awan;
mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya.
8Engkau menjawab mereka,
Ya TUHAN Allah kami;
Engkau Allah pengampun kepada mereka,
meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman.
9Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya,
kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.

اکنون انتخاب شده:

Mazmur 99: AVB

های‌لایت

کپی

مقایسه

به اشتراک گذاشتن

None

می خواهید نکات برجسته خود را در همه دستگاه های خود ذخیره کنید؟ برای ورودثبت نام کنید یا اگر ثبت نام کرده اید وارد شوید