Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan ROMA 12:2

Mengalami Pembaharuan Allah
5 Hari
Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini, anda akan mendalami apa yang dinyatakan dalam Firman Allah tentang pembaharuan. Pada setiap hari, anda akan menerima bacaan Alkitab dan renungan ringkas yang akan membantu anda merenungkan cara-cara yang berlainan di mana kita dapat mengalami pembaharuan Allah.

Menemukan Kebebasan Daripada Tekanan
5 Hari
Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.

Menemukan Kedamaian
10 Hari
Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan.

Apakah Itu Kasih Sejati?
12 Hari
Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian yang paling penting. Pelan daripada Thistlebend Ministries ini meneroka makna alkitabiah kasih dan cara untuk lebih mengasihi Allah dan orang lain.