¶ Maka pada skali pŭrstua tŭtkala Isa ada dalam sa’buah nŭgri anu, maka sŭsungguhnya adalah sa’orang pŭnoh dŭngan kusta, apabila dilihatnya Isa, maka sujudlah iya kabumi, sŭrta minta kapadanya, katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu bulihlah angkau mŭnyuchikan aku.
Maka dihulorkannyalah tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Baiklah, jadilah angkau suchi. Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga kusta itu pun tŭrbanglah deripadanya.