“Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,”
TUHAN berfirman,
“Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka
dan menuliskannya dalam hati mereka.
Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.
Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata,
‘Kenalilah TUHAN,’
kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,”
demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.”