“Sesungguhnya, Aku mengambil bani Lewi dalam kalangan orang Israel sebagai ganti semua anak sulung, iaitu yang lahir pertama daripada rahim antara orang Israel. Jadi, bani Lewi ialah kepunyaan-Ku, kerana semua anak sulung ialah kepunyaan-Ku. Pada waktu Aku menewaskan semua anak sulung di Tanah Mesir, Aku mentahbiskan bagi-Ku semua yang sulung di Israel, baik manusia mahupun haiwan. Semua itu kepunyaan-Ku. Akulah TUHAN.”