3 Yahya 1

1
FATSAL I.
1IYA itu deripada orang tua datang kapada Gaius yang kukasih dŭngan sŭbŭnarnya.
2Kŭkasih, maka kukahandaki tŭrutama deripada sagala pŭrkara supaya angkau sŭntausa sŭrta sihat, spŭrti jiwamu itu sŭntausa adanya.
3Kŭrna tŭrsangatlah gŭmar aku, apabila sagala saudara itu datang dŭngan mŭnyatakan deri hal kabŭnaran yang ada padamu, spŭrti angkau tŭlah mŭlakukan dalam kabŭnaran itu.
4Maka tiadalah tŭrlebih bŭsar kasukaanku deripada mŭnŭngar, bahwa anak anakku mŭlakukan dalam kabŭnaran.
5Kŭkasih, bahwa angkau tŭlah bŭrbuat dŭngan sŭtiawan barang pŭrkara yang angkau bŭrbuat kapada sagala saudara, dan kapada sagala orang orang dagang.
6Yang tŭlah mŭnjadi saksi deri hal dŭrmawanmu dihadapan sidang jŭmaah: maka jikalau kiranya angkau mŭmbawa marika itu pada pŭrjalanannya kŭrna Allah, kamu mŭmbuat baik:
7Ulih sŭbab nama Allah marika itu tŭlah kluar, dŭngan tiada mŭnŭrima barang suatu pun deripada orang orang sŭsat.
8Maka sŭbab itu patutlah kami pun mŭnŭrima akan orang orang yang dŭmkian, supaya kami mŭnjadi kawan pŭnulong dalam kabŭnaran itu.
9Maka aku tŭlah bŭrkirim surat kapada sidang jŭmaah: tŭtapi Diotrifes, yang suka mŭnjadi kŭpala diantara marika itu, tiada iya mahu mŭnŭrima akan kami.
10Sŭbab itu, apabila aku datang kŭlak, maka bulihlah aku ingat akan sagala pŭrbuatan yang dipŭrbuatannya itu, iya itu bliter dŭngan pŭrkataan yang dŭngki mŭlawan kami, ta’chukop itu, tiada pula mahu ditrimanya akan saudara saudara itu, sŭrta ditŭgahkannya pula orang yang handak mŭnŭrima akan orang orang itu, maka ditolakkannyalah akan dia deri dalam sidang jŭmaah.
11Kŭkasih, bahwa janganlah angkau mŭnurot barang yang jahat, mŭlainkan yang baik: maka barang siapa yang bŭrbuat baik, iya itu deripada Allah adanya; tŭtapi barang siapa yang bŭrbuat jahat, maka iya itu bŭlom mŭlihat Allah.
12Adapun Demetrius itu, namanya tŭrmashorlah kapada sagala orang, dan dalam kabŭnaran pun; bahkan, kami pun bŭrsaksilah, dan kamu pun tahu, bahwa saksi kami bŭnar adanya.
13Maka adalah padaku banyak pŭrkara yang handak kusuratkan, tŭtapi tiada kukahandaki mŭnyuratkan itu dŭngan kalam dan kŭrtas.
14Tŭtapi haraplah aku akan bŭrtŭmu juga dŭngan dikau dŭngan sŭgra, maka bulihlah kita bŭrtutor mulot dŭngan mulot. Bahwa sŭjahtralah kiranya padamu. Sagala sahabat ampunya sŭlam kapadamu. Maka brilah sŭlam kapada sahabat sahabat masing masing dŭngan namanya.

Terpilih Sekarang Ini:

3 Yahya 1: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk