Kesah sagal Rasul 25
25
FATSAL XXV.
1ADAPUN sĹtlah sudah Festus masok dalam jajahan itu, maka kumdian deripada tiga hari, naiklah iya deri Kesaria kaJerusalem.
2Maka datanglah imam bĹsar, dan orang yang mulia mulia deri antara orang Yahudi mĹngadap Festus, akan mĹlawan Paulus, sĹrta mĹminta kapadanya,
3Sambil mĹmohonkan anugrah, handak mĹlawan akan dia, supaya dipanggilnya mĹngadap kaJerusalem, tĹtkala diadangkan orang akan dia ditĹngah jalan handak mĹmbunoh dia.
4Maka disahut ulih Festus, Bahwa Paulus itu patut tĹrpĹnjara diKesaria, akan tĹtapi aku sĹndiri pun handak pĹrgi kĹsana.
5SĹbab itu, katanya, Jikalau ada orang diantara kamu yang bulih pĹrgi, biarlah marika itu turon bĹrsama sama, bulih bĹrbichara mĹlawan dia, jikalau ada kiranya barang apa kĹjahatannya.
6Maka sĹtlah iya tinggal disana lebih sa’puloh hari lamanya, lalu turonlah iya kaKesaria. Hata maka pada kaesokkan harinya, dudoklah iya diatas tĹmpat bichara, maka disurohnya mĹmbawa Paulus kahadapannya.
7Shahadan sĹtlah datanglah iya, adapun orang Yahudi yang turon deri Jerusalem adalah mĹnglilingi akan dia dĹngan mĹmbawa tudohan banyak dan bĹrat akan Paulus, yang tiada dapat marika itu mĹmbri saksi derihal itu.
8TĹtapi ulih Paulus dibrinyalah jawab dĹmkian katanya, Bahwa tiadalah aku bĹrdosa kapada tauret orang Yahudi, atau kapada ka’abah, atau kapada Kiesar.
9Akan tĹtapi Festus, sĹbab handak mĹnunjokkan kasihnya kapada orang Yahudi, maka disahutnya kapada Paulus sambil bĹrkata, Mahukah angkau naik kaJerusalem, supaya dibicharakan halmu itu dihadapanku disana?
10Maka jawab Paulus, Adalah hamba ini bĹrdiri dihadapan tĹmpat bichara Kiesar, iya itu tĹmpat yang patut aku dibicharakan, maka kapada orang Yahudi tiadalah aku mĹmbuat barang apa salah, tuan hamba pun ma’lomlah.
11KĹrna jikalau ada aku mĹmbuat salah, atau mĹngĹrjakan barang apa hukum yang patut dibunoh, maka skali kali tiada aku Ĺnggan; akan tĹtapi jikalau tiada bĹnar barang apa yang ditudohi ulih marika itu atasku, tiadalah sa’orang jua pun yang bulih mĹnyĹrahkan aku kapada marika itu. Aku mahu pĹrgi bichara kapada Kiesar.
12SĹtlah itu maka Festus pun apabila sudah mufakat dĹngan sagala orang orang bichara itu, maka bĹrkatalah iya, Bahwa angkau handak pĹrgi bichara kapada Kiesar, handaklah angkau pĹrgi mĹngadap Kiesar.
13Adapun kumdian deri pada bĹbrapa hari antaranya, datanglah raja Agripa dan Berniki kaKesaria handak mĹlawat Festus.
14Maka bĹbrapa hari lamanya iya disana, maka dichĹrtrakan ulih Festus akan sagala hal ahwal Paulus kapada raja, katanya, Ada sa’orang orang yang ditinggalkan tĹrblunggu ulih Felix.
15Maka tĹtkala aku diJerusalem, sagala imam yang bĹsar dan orang orang tua tĹlah mĹngadap deri kĹrnanya, mĹminta hukumkan akan dia.
16Maka sahutku kapada marika itu, Tiada adat orang Rom mĹnyurohkan barang orang yang akan dibunoh itu dahulu deripada yang ditudohi itu bĹrhadapan dĹngan orang orang yang mĹnudoh, sĹrta mĹndapat izin mĹmbri jawab akan hal pĹrdawaannya itu.
17SĹtlah itu apabila marika itu sudah datang kamari dĹngan tiada bĹrlambatan, maka pada kaesokkan harinya dudoklah aku ka’atas tĹmpat bichara, lalu orang itu pun kusuroh mĹngadap.
18Maka tĹtkala halirlah sagala orang yang mĹnudoh itu, maka ta’dapatlah marika itu mĹmbawa pĹrdawaan barang suatu spĹrti yang tĹlah kusangkakan.
19MĹlainkan adalah bĹbrapa sual kapada marika itu mĹlawan akan dia derihal agamanya, dan lagi deripada sa’orang yang bĹrnama Isa yang tĹlah mati, iya itu dikatakan ulih Paulus ada hidop.
20Maka sĹbab aku shaklah akan hal pĹrdawaan ini, lalu kupintalah kapadanya kalau kalau mahu iya pĹrgi kaJerusalem, supaya dibicharakan sagala halnya itu disana.
21Maka apabila Paulus mĹminta tahankan supaya bichara kapada Augustus, lalu kusuroh pĹnjarakan dia, sahingga aku kirimkan dia kapada Kiesar.
22SĹtlah itu bĹrkatalah Agripa kapada Festus, Aku sĹndiri pun suka mĹnĹngar derihal pĹngaduan orang ini. Maka bĹrkatalah Festus, Bahwa esok bulihlah angkau mĹnĹngar akan dia.
23Arkian maka kaesokkan harinya, sĹtlah datanglah Agripa dan Berniki dĹngan bĹbrapa kĹbĹsarannya, lalu masoklah iya katĹmpat pĹngaduan, sĹrta dĹngan pĹnghulu pĹnghulu orang sa’ribu, dan orang bĹsar bĹsar dalam nĹgri itu, maka dibawa oranglah akan Paulus itu pun mĹngadap dĹngan titah Festus.
24SĹbarmula maka bĹrkatalah Festus, Ya raja Agripa dan sagala orang yang bĹrhalir disini bĹsĹrta dĹngan kami, maka kamu mĹlihat akan orang ini, inilah dia yang dipinta tulong ulih orang Yahudi pada aku, baik diJerusalem, baik disini, dĹngan bĹrtriak, Bahwa tiadalah patut iya ini dihidopi lagi.
25TĹtapi apabila aku tĹlah mĹndapat iya itu tiada patut dihukumkan mati, dan lagi iya sĹndiri pun tĹlah mĹminta bichara kapada Augustus, maka aku tĹlah tĹntukan handak mĹngirimkan dia.
26Maka tiadalah dapat aku kirimkan surat deri halnya pada tuanku, sĹbab itulah aku bawa dia mĹngadap kamu skalian, istimewa kapadamu ya raja Agripa, apabila sudah dipreksai dia, bulih dapatlah kusuratkan barang apa deri halnya.
27KĹrna pada sangkaku tiadalah patut dikirimkan sa’orang yang tĹrpĹnjara itu dĹngan tiada dinyatakan kĹsalahannya.
Terpilih Sekarang Ini:
Kesah sagal Rasul 25: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866